Posts

Showing posts from February, 2026

RAMADAN BULAN DAKWAH

Image
  Ramadan Bulan Dakwah.  Ramadan bukan sekadar bulan ibadah peribadi akan tetapi juga bulan dakwah. Sejak zaman Rasulullah saw ramadan menjadi medan menghidupkan iman masyarakat.  Dalam sejarah, banyak peristiwa penting berlaku dalam bulam Ramadan di antaranya turunnya wahyu pertama yang memulakan misi dakwah Nabi Muhammad saw, serta kemenangan dalam Perang Badar pada 17 Ramadan tahun 2H.  Walaupun jumlah tentera Islam kecil, kemenangan itu membuktikan bahawa dakwah yang benar disokong oleh kesabaran, disiplin dan pertolongan Allah.  Ramadan mengajar bahawa dakwah bukan hanya dengan kata, tetapi dengan kekuatan rohani dan akhlak. Dakwah Islam juga sentiasa berhadapan dengan ujian. Sejarah baginda nabi Muhammad saw di Makkah menunjukkan bagaimana baginda dihina, dipulau dan disekat, namun dakwah tidak berhenti.  Bahkan tekanan itulah yang mematangkan umat dan membersihkan niat. Ramadan sendiri melatih kesabaran melalui lapar, dahaga dan kawalan diri seolah-o...

RAMADAN DAN POLITIK ISLAM (1) RAMADAN BULAN KEMENANGAN

Image
  Ramadan & Politik Islam (1) Ramadan : Bulan kemenangan strategik.  Pada 17 Ramadan tahun 2H berlaku Perang Badar. Umat Islam hanya sekitar 313 orang berdepan hampir 1,000 tentera Quraisy namun dengan iman, disiplin dan kepimpinan Rasulullah SAW mereka mencapai kemenangan besar. Badar bukan sekadar menang perang, ia mengangkat kedudukan politik negara Islam Madinah sehingga dihormati kawan dan lawan. Pengajarannya jelas, Ramadan bukan melemahkan perjuangan, tetapi membina jiwa yang membawa kemenangan. #ramadan2026 #politikIslam

Ceroboh Tanah : Undang-undang, Moral & Agama.

Image
  Ceroboh Tanah : Undang-undang, Moral & Agama. Ini bukan soal agama, tetapi soal mengambil hak orang lain. Tiada sesiapa pun akan setuju jika kawasan atau miliknya diambil tanpa kebenaran. Ceroboh tanah orang lain ni bukan isu kecil, tapi isu besar yang melibatkan hak, undang-undang dan juga nilai moral.  Dari sudut undang-undang di Malaysia, masuk atau menggunakan tanah milik orang lain tanpa kebenaran boleh dianggap sebagai pencerobohan (trespass) dan boleh dikenakan tindakan, sama ada tindakan jenayah atau saman sivil. Pemilik tanah berhak membuat laporan dan menuntut ganti rugi walaupun penceroboh tidak merosakkan apa-apa secara fizikal. Dari sudut moral pula, ia jelas salah kerana melanggar sempadan dan hak milik orang lain. Kita sendiri tentu tak selesa jika kawasan tanah kita dimasuki tanpa izin. Prinsip asas hidup bermasyarakat ialah saling menghormati ruang dan hak, bukan ambil dulu, bincang kemudian. Dalam perspektif agama Islam, mengambil atau menggunakan harta...

"NAJIS" POLITIK YANG MEROSAKKAN

Image
1. Politik "Wang" - Menggunakan "duit" sebagai ganjaran atau umpan untuk memperoleh undi. Politik wang menjadi amalan bangsa Yahudi dan salah satu sebab yang menjadikan mereka kumpulan paling dimurkai oleh Allah SWT.  2. Politik "Projek" - Menjanjikan "projek-projek" tertentu sebagai imbalan atau ganjaran sekiranya memberikan undi kepada pihak tertentu. Malangnya janji hanya tinggal janji.  3. Politik "Tatakalaut"  - Menggunakan "prasarana awam" untuk kepentingan pihak tertentu. Berpegang dengan prinsip "ini harta bapak aku yang punya" lalu digerakkan segala jentera awam yang ada dengan paksaan bagi menjayakan kehendak mereka.  4. Politik "Rasuah"  - Najis yang yang paling merosakkkan. Membantutkan pertumbuhan ekonomi negera serta menafikan hak rakyat. Suapan yang diberikan dalam berbentuk wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah atau diskaun. 5. Politik "matlamat menghalalkan cara"...

ANAK MUDA PERLU ADA 3 ILMU INI

Image
  Kita selalu dengar orang cakap anak muda mesti kuat aqidah dan mantap dalam ilmu agama fardu ain. Betul!! itu asas utama, tanpa asas ni hidup pasti akan goyah.  Dalam masa yang sama, ada tiga ilmu tambahan penting yang anak muda perlu ambil berat supaya hidup lebih tersusun, matang dan bermanfaat demi mendepani kehidupan sebenar dalam masyarakatm  1. Ilmu Akhlak. Ilmu ni nampak simple, tapi sebenarnya sangat besar kesannya. Akhlak baik akan jadi cermin siapa diri kita. Anak muda yang tahu jaga akhlak, jaga cara bercakap, cara bergaul, cara hormat orang yang lebih berusia akan lebih mudah diterima masyarakat.  Akhlak baik lebih berharga daripada kepintaran dan kecerdikan.  2. Ilmu Pengurusan.  Hidup ni bukan sekadar belajar dan kerja. Anak muda kena pandai urus masa, urus kewangan malah urus emosi. Begitu juga dengan pengurusan bersama masyarakat.  Ia sebagai nilai tambah seseoramg untuk jadi lebih hebat. Ilmu pengurusan ni yang akan buat anak muda ...

ANAK MUDA & POLITIK

Image
Penglibatan generasi muda dalam politik sangat diharapkan dalam mencorak proses pembentukan dan amalan politik baharu yang lebih intelek, pragmatic, progesif dan segar.  Penglibatan generasi muda dalam politik dilihat mampu untuk membawa wadah baharu politik yang segar dengan menggabungkan kekuatan intelektual dan kecerdasan perjuangannya.  Islam memuji peranan generasi muda dan mewajibkan ilmu dan tarbiah secara khusus kepada mereka.  Allah SWT mewahyukan surah yang khusus dalam al-Quran menceritakan tentang kumpulan para pemuda yang diberikan hidayah, dalam keadaan mereka berasal daripada kalangan kaum bangsawan pada zamannya. Akan tetapi, mereka mendapat hidayah Allah SWT kerana berfikir untuk mencari kebenaran. Data PRU-15 menunjukkan bahawa pengundi muda berusia 18 hingga 40 tahun berjumlah 10,998,944 orang iaitu menyamai 51.95% daripada keseluruhan jumlah pengundi. Namun persoalannya adakah generasi muda kini berminat dengan dunia politik?  Sebahagian daripada...

POLITIK KOTOR!! POLITIK JIJIK!!

Image
 Politik Kotor!! Politik Jijik!!  Ini antara perkataan yang sering dilontarkan oleh anak muda hari ini.  Sedangkan politik itu indah, politik itu sunnah & politik itu bersih.  Politik asasnya adalah urusan pemerintahan dan pentadbiran. Ia jadi baik apabila diurus oleh orang baik begitulah sebaliknya.  Baginda nabi juga melibatkan diri dalam sistem pemerintahan, baginda menjadi Perdana Menteri dalam urusan mentadbir kerajaan Madinah dengan neraca Islam yang sempurna.  Hasilnya rakyat yang berbilang bangsa ditabdir dengan baik dan hidup dalam penuh keamanan.  PAS melalui Budaya Politik Matang & Sejahtera menggariskan beberapa perkara, antaranya ;  ● Politik Utamakan Rakyat.  Pertembungan parti politik dikala pilihanraya adalah perkara biasa, masing-masing membawa hujjah dan idea untuk memberikan khidmat yang terbaik.  Namun selepas selesai pilihanraya, khidmat dan bakti kepada wakil rakyat menjadi keutamaan. Kebajikan rakyat didahu...

POLITIK DALAM ISLAM

Image
  - Politik Dalam Islam. ● Maksud Politik. Politik ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara pemerintahan serta urus tadbir sesuatu urusan bagi mencapai sesuatu tujuan. politik juga boleh difahami sebagai kuasa pemerintahan dan pentadbiran negara. Dalam bahasa arab, politik diambil daripada perkataan (سَاسَ يَسُوْسُ سِيَاسَةً) yang memberi maksud cara mengurus tadbir dan memerintah, mengurus atau mengatur perkara mengikut syariat Islam.  Perkataan ini diguna pakai oleh Rasulullah S.A.W dalam menyatakan para Rasul yang memimpin atau mengurus urusan kaum mereka iaitu Bani Israil sebagaimana teks hadith dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: كَانَت بَنُو إسرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبياءُ، كُلَّما هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبيٌّ، وَإنَّهُ لا نَبِيَّ بَعدي، وسَيَكُونُ بَعدي خُلَفَاءُ فَيَكثُرُونَ “Adalah Bani Israil, mereka dipimpin urusannya oleh para Nabi. Ketika seorang Nabi wafat, Nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada Nabi setelahku, namun akan ad...

MEMIMPIN POLITIK ANAK MUDA

Image
 Memimpin politik dalam kalangan anak muda adalah penting kerana mereka adalah golongan yang akan meneruskan kesinambungan kepimpinan negara pada masa hadapan.  Maka 5 tindakan para pemuda yang boleh dilaksanakan dalam usaha untuk memimpin politik anak muda: 1. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman politik Islam Salah satu langkah awal adalah meningkatkan kesedaran dan minat anak muda terhadap politik terutamanya politik Islam yang sebenar. Ramai anak muda merasa tidak berminat dengan politik, sama ada disebabkan oleh kurangnya pendidikan politik atau persepsi bahawa politik itu kotor dan tidak relevan.  Oleh itu, usaha perlu dilakukan untuk memberikan pemahaman yang jelas tentang politik Islam yang indah serta kepentingan penglibatan politik dan bagaimana ia memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian mereka. 2. Memupuk kepimpinan berasaskan nilai syariat Memimpin politik anak muda bermula dengan pembinaan kepimpinan yang berasaskan nilai-nilai integriti, keadilan, d...

ISLAM SISTEM KEHIDUPAN YANG SYUMUL

Image
 ISLAM SEBAGAI SISTEM KEHIDUPAN YANG SYUMUL : MENULUSURI SIRAH POLITIK BAGINDA NABI. 1. Kepimpinan Para Nabi Allah menjadikan para nabi sebagai pemimpin umat. Mereka memimpin manusia dalam urusan ibadah, hubungan dengan Allah, dan segala yang berkaitan dengan peningkatan rohani serta keimanan. Para nabi juga memimpin dalam urusan sosial, politik, dan pembangunan masyarakat, berlandaskan petunjuk Allah. Kepimpinan para nabi adalah pimpinan rabbani, berpaksikan wahyu. Setelah kewafatan sesuatu nabi, digantikan oleh nabi lain, sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW, penutup segala nabi. Maka, urusan rohani hingga ketamadunan perlu dipimpin berasaskan manhaj rabbani.  2. Islam dan Politik Tidak Boleh Dipisahkan Sejak zaman Nabi Muhammad SAW, Islam hadir sebagai agama yang syumul (menyeluruh). Islam bukan hanya ibadah peribadi, tetapi mengatur seluruh kehidupan manusia. Ulama menjelaskan bahawa khilafah ialah “iqamatud din”, iaitu menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia berpanduk...

URUS TADBIR BERPANDUKAN POLITIK ISLAM

Image
 Mengurus Tadbir Dengan Politik Islam Yang Sebenar!!  Merujuk kepada politik Islam yang sebenar penting kerana ia menjanjikan tadbir urus yang berteraskan keadilan, integriti, dan kebajikan untuk semua, berasaskan ajaran al-Quran dan sunnah. 1. Keadilan Menyeluruh (Adl)  Politik Islam menekankan keadilan tanpa mengira agama, bangsa atau latar belakang, selaras dengan prinsip maqasid syariah (tujuan syariah). 2. Amanah dan Integriti. Pemimpin Islam sebenar dilatih untuk mengutamakan amanah dan mengelak rasuah serta penindasan. 3. Kebajikan Ummah. Matlamat utama politik Islam ialah memastikan kesejahteraan rakyat dari aspek ekonomi, sosial dan spiritual. 4. Menolak Politik Kebencian dan Fitnah. Politik Islam menolak budaya maki hamun, fitnah dan pembunuhan karakter yang sering menjadi norma dalam politik sekular moden. 5. Mencontohi Kepimpinan Rasulullah dan Khulafa’ ar-Rasyidin. Mereka memimpin dengan nilai-nilai murni, kesederhanaan, dan berpandukan wahyu, bukan kepenting...

POLITIK ISLAM ITU INDAH

Image
 3 Pesanan Titik Kesedaran : POLITIK ISLAM 1. Politik Islam ialah amanah. Tujuannya menegakkan keadilan dan menjaga kebajikan rakyat. Mencari redha Allah, bukan sekadar kemenangan pilihan raya. 2. Politik Islam berpandukan wahyu, bukan hawa nafsu. Segala keputusan mesti selari dengan Al-Quran dan Sunnah. 3. Politik Islam adalah dakwah. Ia menyampaikan mesej kebenaran melalui tadbir urus yang adil. Politik Islam itu indah.

SALAH FAHAM TENTANG POLITIK

Image
 Tak mudah untuk menarik anak muda hari ini untuk memahami Politik Islam yang sebenar.  Ada beberapa salah faham tentang politik yang sering berlaku dalam masyarakat, terutamanya berkaitan dengan konsep politik dalam konteks Islam.  Salah faham inilah yang mengakibatkan kekeliruan mengenai peranan politik terutamanya kepada ganerasi muda yang ada pada hari ini.   Beberapa salah faham yang sering timbul: 1. Politik dipisahkan daripada agama. Sesetengah orang berpendapat bahawa politik dan agama perlu dipisahkan, dan agama tidak seharusnya terlibat dalam urusan negara. Ia adalah ajaran sekularisme dunia barat yang memisahkan politik dengan agama Kristian.  Dalam Islam, pandangan ini salah kerana Islam menyatukan antara agama dan kehidupan dunia, termasuk politik.  Politik dalam Islam adalah cara untuk melaksanakan syariat dan menegakkan keadilan sosial. 2. Politik hanya untuk pemimpin. Ada yang beranggapan bahawa politik hanya untuk mereka yang memegang ...

Nisfu Sya'ban

Image
Semoga malam yang penuh rahmat ini membawa keampunan, ketenangan hati, dan keberkatan untuk kita semua 🤲 "Sesungguhnya Allah SWT melihat makhluknya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. Amalan yang digalakkan sepanjang malam : - Baca AlQuran - Istighfar - Berselawat - Doa - Qiyamullail. Ya Allah, Jika malam ini Engkau menulis takdir kami untuk setahun mendatang, Tuliskanlah kami dalam kalangan yang diampunkan, bukan yang dilupakan. Tuliskanlah kami sebagai hamba yang kembali, bukan yang semakin jauh. Lembutkan hati kami, satukan hati-hati yang retak, dan pertemukan kami dengan Ramadhan dalam keadaan Engkau redha. Semoga kita termasuk hamba yang dibukakan pintu ampunan-Nya malam ini.  Amin Ya Rabb.