Ceroboh Tanah : Undang-undang, Moral & Agama.
Ceroboh Tanah : Undang-undang, Moral & Agama.
Ini bukan soal agama, tetapi soal mengambil hak orang lain. Tiada sesiapa pun akan setuju jika kawasan atau miliknya diambil tanpa kebenaran.
Ceroboh tanah orang lain ni bukan isu kecil, tapi isu besar yang melibatkan hak, undang-undang dan juga nilai moral.
Dari sudut undang-undang di Malaysia, masuk atau menggunakan tanah milik orang lain tanpa kebenaran boleh dianggap sebagai pencerobohan (trespass) dan boleh dikenakan tindakan, sama ada tindakan jenayah atau saman sivil. Pemilik tanah berhak membuat laporan dan menuntut ganti rugi walaupun penceroboh tidak merosakkan apa-apa secara fizikal.
Dari sudut moral pula, ia jelas salah kerana melanggar sempadan dan hak milik orang lain. Kita sendiri tentu tak selesa jika kawasan tanah kita dimasuki tanpa izin. Prinsip asas hidup bermasyarakat ialah saling menghormati ruang dan hak, bukan ambil dulu, bincang kemudian.
Dalam perspektif agama Islam, mengambil atau menggunakan harta dan tanah orang lain tanpa izin adalah haram. Terdapat hadis yang memberi amaran keras tentang perbuatan merampas walaupun sejengkal tanah. Walaupun nampak kecil, dosanya besar keranaia melibatkan hak manusia.
Dan rasanya agama lain juga sama prinsipnya.
Mudah je nak faham. Ambil tanah orang ni dari sisi undang-undang salah, dari sisi moral tidak wajar dan dari sisi agama berdosa. Tak kira sesiapa pun dan dimana pun..
Cuma peliknya ada negara, orang yang berjuang untuk tuan tanah diambil tindakan, orang yang nenceroboh pula tersenyum menawan. Ntah la.
Rujukan pautan berkaitan :
👉 Penal Code Malaysia – Seksyen 441 Criminal trespass
https://www.burgielaw.com/resources/act?act_title=Penal+Code§ion=441
👉 Penal Code Malaysia – Seksyen 442 House-trespass
https://www.burgielaw.com/resources/act?act_title=Penal+Code§ion=442
👉 Trespassing in Malaysia (penal & civil)
https://www.press.com.my/legal/trespassing-in-malaysia/ (riawayat ringkas undang-undang dan hukuman)
👉 IRSYAD Fatwa: Hukum berniaga di atas tanah orang lain tanpa kebenaran
https://www.muftiwp.gov.my/ar/artikel/irsyad-hukum/umum/5367-irsyad-al-fatwa-siri-ke-712-hukum-berniaga-di-atas-tanah-orang-lain-tanpa-kebenaran

Comments
Post a Comment