"NAJIS" POLITIK YANG MEROSAKKAN
1. Politik "Wang"
- Menggunakan "duit" sebagai ganjaran atau umpan untuk memperoleh undi. Politik wang menjadi amalan bangsa Yahudi dan salah satu sebab yang menjadikan mereka kumpulan paling dimurkai oleh Allah SWT.
2. Politik "Projek"
- Menjanjikan "projek-projek" tertentu sebagai imbalan atau ganjaran sekiranya memberikan undi kepada pihak tertentu. Malangnya janji hanya tinggal janji.
3. Politik "Tatakalaut"
- Menggunakan "prasarana awam" untuk kepentingan pihak tertentu. Berpegang dengan prinsip "ini harta bapak aku yang punya" lalu digerakkan segala jentera awam yang ada dengan paksaan bagi menjayakan kehendak mereka.
4. Politik "Rasuah"
- Najis yang yang paling merosakkkan. Membantutkan pertumbuhan ekonomi negera serta menafikan hak rakyat. Suapan yang diberikan dalam berbentuk wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah atau diskaun.
5. Politik "matlamat menghalalkan cara"
- Memastikan dengan apa cara sekalipun "kuasa" tersebut mesti diperoleh. Samada caranya haram mahupun salah ianya tidak diendahkan.
Akhirnya menjadikan rakyat & anak muda muak dengan politik negera. Sedangkan amal politik adalah kewajipan besar dalam ajaran Islam yang disebut dengan istilah khilafah.
Allah SWT menegaskan bahawa politik menjadi salah satu daripada tujuan manusia diciptakan berada atas muka bumi di alam dunia ini.
Khilafah itu ialah politik mentadbir negara bersama Islam, dijanjikan pahala paling besar kepada sesiapa yang menunaikannya kerana berpandukan hidayah Allah SWT supaya berlaku adil kepada seluruh manusia.
Politik Islam meletakkan asas dosa & pahala, syurga & neraka, kenikmatan & kesengsaraan yang menjadikan ahli politik itu jujur & amanah dalam tangungjawab yang diberikan.
Sabda Rasulullah SAW:
كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ.
“Para nabi menjadi pemimpin politik dalam kalangan Bani Isra’il (bangsa Yahudi).
Kembalikan semula kepada politik Islam yang berpandukan hidayah Allah.

Comments
Post a Comment