SALAH FAHAM TENTANG POLITIK


 Tak mudah untuk menarik anak muda hari ini untuk memahami Politik Islam yang sebenar. 

Ada beberapa salah faham tentang politik yang sering berlaku dalam masyarakat, terutamanya berkaitan dengan konsep politik dalam konteks Islam. 

Salah faham inilah yang mengakibatkan kekeliruan mengenai peranan politik terutamanya kepada ganerasi muda yang ada pada hari ini.  


Beberapa salah faham yang sering timbul:


1. Politik dipisahkan daripada agama.

Sesetengah orang berpendapat bahawa politik dan agama perlu dipisahkan, dan agama tidak seharusnya terlibat dalam urusan negara. Ia adalah ajaran sekularisme dunia barat yang memisahkan politik dengan agama Kristian. 

Dalam Islam, pandangan ini salah kerana Islam menyatukan antara agama dan kehidupan dunia, termasuk politik. 

Politik dalam Islam adalah cara untuk melaksanakan syariat dan menegakkan keadilan sosial.


2. Politik hanya untuk pemimpin.

Ada yang beranggapan bahawa politik hanya untuk mereka yang memegang jawatan atau berkuasa, seperti ahli politik dan pemimpin negara. 

Walhal, dalam Islam, setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil bahagian dalam politik, termasuk memilih pemimpin yang adil dan menegakkan prinsip kebenaran (amar ma’ruf nahi mungkar).


3. Politik itu kotor dan penuh dengan penipuan.

Terdapat persepsi negatif bahawa politik sentiasa berkaitan dengan manipulasi, penipuan, dan korupsi. Walaupun amalan seperti ini wujud dalam sesetengah sistem politik, ia bukan sifat politik yang sebenar dalam Islam. 

Politik yang sebenar menurut Islam harus berasaskan kepada kebenaran, keadilan, dan akhlak yang mulia.


4. Politik hanya berfokus pada kuasa dan kedudukan.

Salah faham ini menyatakan bahawa tujuan politik adalah semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan. 

Dalam Islam, politik bukan bertujuan untuk kuasa, tetapi untuk memimpin dengan adil dan menjaga kebajikan umat. Pemimpin dalam Islam sebagai penjaga amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah.


5. Haram menyertai politik moden.

Sesetengah orang beranggapan bahawa menyertai politik moden, seperti pilihan raya dan demokrasi, adalah haram kerana ia tidak terdapat secara langsung dalam sejarah Islam. 

Walaupun kaedah politik moden berbeza daripada zaman Nabi, prinsip keadilan, syura (musyawarah), dan tanggungjawab sosial yang diutamakan dalam politik Islam boleh diaplikasikan dalam sistem politik moden, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.


7. Tidak ambil tahu hal politik.

Ada yang percaya bahawa adalah lebih baik untuk menjauhi politik kerana ia dilihat sebagai hal yang rumit atau membingungkan. 

Namun, dalam Islam, setiap Muslim bertanggungjawab untuk memastikan mereka terlibat dalam proses politik yang membawa kepada kebaikan masyarakat dan menentang ketidakadilan. 

Sikap tidak peduli terhadap politik boleh menyebabkan kezaliman dan penindasan berleluasa tanpa kawalan.

Salah faham ini perlu diperbetulkan agar masyarakat terutamanya generasi muda lebih memahami kepentingan politik sebagai alat untuk kebaikan bersama, terutamanya dalam kerangka Islam.


Hanif Jamaluddin

Comments

Popular posts from this blog

"NAJIS" POLITIK YANG MEROSAKKAN

RAMADAN DAN POLITIK ISLAM (1) RAMADAN BULAN KEMENANGAN

RAMADAN BULAN DAKWAH