POLITIK KOTOR!! POLITIK JIJIK!!


 Politik Kotor!! Politik Jijik!! 


Ini antara perkataan yang sering dilontarkan oleh anak muda hari ini. 


Sedangkan politik itu indah, politik itu sunnah & politik itu bersih. 


Politik asasnya adalah urusan pemerintahan dan pentadbiran. Ia jadi baik apabila diurus oleh orang baik begitulah sebaliknya. 


Baginda nabi juga melibatkan diri dalam sistem pemerintahan, baginda menjadi Perdana Menteri dalam urusan mentadbir kerajaan Madinah dengan neraca Islam yang sempurna. 


Hasilnya rakyat yang berbilang bangsa ditabdir dengan baik dan hidup dalam penuh keamanan. 


PAS melalui Budaya Politik Matang & Sejahtera menggariskan beberapa perkara, antaranya ; 


● Politik Utamakan Rakyat. 


Pertembungan parti politik dikala pilihanraya adalah perkara biasa, masing-masing membawa hujjah dan idea untuk memberikan khidmat yang terbaik. 


Namun selepas selesai pilihanraya, khidmat dan bakti kepada wakil rakyat menjadi keutamaan. Kebajikan rakyat didahulukan. 


Apa yang baik untuk rakyat selagi ianya dibenarkan syarak hendaklah diusahakan biarpun berbeza ideologi kepartian. 


Berbeza ideologi & kefahaman tidak menghalang pemerintah untuk berikan yang terbaik. 


Wakil rakyat perlu diberikan peruntukan agar boleh meberikan khidmat yang terbaik buat masyarakat di kawasan mereka. 


● Politik Damai & Diplomasi 


Budaya menghormati pihak lain melalui hubungan yang berdiplomasi serta berperaturan. Mendidik masyarakat agar memulakan dengan pendekatan damai. 


Mengelakkan budaya politik konfrontasi dan fitnah memfitnah serta membentuk suasana masyarakat yang lebih damai sekalipun dengan masyarakat yang aktif berpolitik. 


Tahniah saya ucapkan kepada Menteri Besar Kedah Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari atas kematangan politik yang ditunjukkan. 


Semoga BPMS ini dapat diamalkan oleh semua ahli politik untuk membentuk politik yang lebih baik & sejahtera untuk negara.


Hanif Jamaluddin

Comments

Popular posts from this blog

"NAJIS" POLITIK YANG MEROSAKKAN

RAMADAN DAN POLITIK ISLAM (1) RAMADAN BULAN KEMENANGAN

RAMADAN BULAN DAKWAH