POLITIK DALAM ISLAM
- Politik Dalam Islam.
● Maksud Politik.
Politik ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara pemerintahan serta urus tadbir sesuatu urusan bagi mencapai sesuatu tujuan. politik juga boleh difahami sebagai kuasa pemerintahan dan pentadbiran negara.
Dalam bahasa arab, politik diambil daripada perkataan (سَاسَ يَسُوْسُ سِيَاسَةً) yang memberi maksud cara mengurus tadbir dan memerintah, mengurus atau mengatur perkara mengikut syariat Islam.
Perkataan ini diguna pakai oleh Rasulullah S.A.W dalam menyatakan para Rasul yang memimpin atau mengurus urusan kaum mereka iaitu Bani Israil sebagaimana teks hadith dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
كَانَت بَنُو إسرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبياءُ، كُلَّما هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبيٌّ، وَإنَّهُ لا نَبِيَّ بَعدي، وسَيَكُونُ بَعدي خُلَفَاءُ فَيَكثُرُونَ
“Adalah Bani Israil, mereka dipimpin urusannya oleh para Nabi. Ketika seorang Nabi wafat, Nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada Nabi setelahku, namun akan ada ramai para khalifah.” (al-Bukhari dan Muslim)
● Maksud Politik Islam.
Politik Islam membawa maksud urus tadbir berkaitan kegiatan ummah dan usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.
Tujuan politik menurut Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari’at Islam.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. bersabda :
"Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani)
Khalifah dan kekuasaan pemerintahan dalam Islam adalah bermatlamatkan “Menjaga agama dan mentadbir urusan dunia berlandaskan ketetapan dan ruh syara"
● Prinsisp Asas Politik Islam.
1. Aqidah
Politik Islam menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai sumber utama pemerintahan dan urus tadbir. Ia berlandaskan syarak dan keadilan bersesuaian dengan prinsip yang diterjemahkan daripada Al-Quran dan Sunnah.
Politik Islam melaksanakan apa yang sesuai dengan mendaulatkan hak-hak Allah iaitu hak unutk menghakimi dan mengadili dengan sempurna adalah milik Allah. Begitu juga hukum Allah adalah sesuatu yang benar dan sempurna.
2. Risalah
Pengutusan para rasul dari kalangan hamba Allah yang terpilih. Para rasul bertanggungjawab untuk menyampaikan risalah berdasarkan syariat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Para rasul adalah pemimpin kepada manusia yang membawa agama tauhid untuk dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan manusia termasuklah urusan pepemerintahan negara. Perlembagaan negara mestilah berteraskan kepada sumber-sumber perubdangan Islam
3. Khilafah
Manusia adalah khalifah atau wakil Allah dalam melaksanakan kehendak hukum Allah. Tugasan khalifah adalah untuk memastikan segala peraturan dan suruhan agama berjalan dalam sistem kehidupan manusia.
Sistem politik Islam adalah berteraskan kepada kedaulatan Rabbani bukannya Kedaulatan Insani atau Rakyat Dimana segala yang berkaitan dengan struktur negara, sistem dan permasalahan negara hendaklah bersumberkan Islam.

Comments
Post a Comment