ANAK MUDA & POLITIK
Penglibatan generasi muda dalam politik sangat diharapkan dalam mencorak proses pembentukan dan amalan politik baharu yang lebih intelek, pragmatic, progesif dan segar.
Penglibatan generasi muda dalam politik dilihat mampu untuk membawa wadah baharu politik yang segar dengan menggabungkan kekuatan intelektual dan kecerdasan perjuangannya.
Islam memuji peranan generasi muda dan mewajibkan ilmu dan tarbiah secara khusus kepada mereka.
Allah SWT mewahyukan surah yang khusus dalam al-Quran menceritakan tentang kumpulan para pemuda yang diberikan hidayah, dalam keadaan mereka berasal daripada kalangan kaum bangsawan pada zamannya. Akan tetapi, mereka mendapat hidayah Allah SWT kerana berfikir untuk mencari kebenaran.
Data PRU-15 menunjukkan bahawa pengundi muda berusia 18 hingga 40 tahun berjumlah 10,998,944 orang iaitu menyamai 51.95% daripada keseluruhan jumlah pengundi.
Namun persoalannya adakah generasi muda kini berminat dengan dunia politik?
Sebahagian daripada anak muda berminat dengan politik, namun sebahagian lagi merasakan berbicara soal politik ini hanyalah untuk golongan tua atau yang sudah berumur.
Bagi generasi muda, politik ini penuh dengan kekotoran seperti penipuan, pengkhianatan, perebutan kuasa dan hanya sekadar mementingkan jawatan tanpa memikirkan soal kehidupan rakyat.
Bagaimana kita ingin memimpin politik anak muda hari ini?

Comments
Post a Comment